Tuesday, 29 November 2011

Kelat-kelat sayang

Baru mengabiskan Novel ni. Best wei...masa pertengahan tu yang best sangat-sangat.

Lawak kot time Salina kena cakap sorang-sorang sebab Aizam tu EGO sangat ! aishh... Salina cakap ngan dinding la. :))

tapi ada sedih juga lah. yang Salina kena layan teruk dengan mak mertua dia sebab menyebabkan kematian suami nya.(bapakmertua) eh ! bukan ke jodoh maut di tangan tuhan? ta de siapa yang menyebabkan kematian kan.bertapa kuat nya dia ! kena contohi sikap dia la ^_^

meh nak bagitau sinopsis dia.kemain panjang .

Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran.Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina.

"Hai itik!"

Hampir terlompat Salina mendengar teguran yang terasa dekat sekali di telinganya .Anak mata ditalakan ke arah wajah pemilik suara yang menegur.Seperti biasa Aizam membuat iklan gigi tidak berbayar di hadapan matanya.Argh! Mahu sahaja dia mencabut satu-persatu gigi Aizam .Kemudian dirangkai menjadi rantai itik dan dikalungkan ke leher.

"Semalam tak datang sekolah,itik demam terendam air ke?"Aizam terkekek ketawa .Eii!:Anak hantu ni !"Salina menggigit bibir,tanda geram .Pagi-pagi lagi sudah membuat urat sarafnya kembang dan berangin satu badan ."TAk baik tau,marah-marah dengan bakal kekasih",Aizam tersengih nakal.

Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkan rasa sayang di hati.NAmun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam .Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu.Rombongan peminangan Aizam membuatkan hidup Salina huru-hara seketika.3 misi pendamai perlu dilunaskan segera bagi menyekat kemarahan rombongan Aizam.Persoalan utama.Berjayakah misi Salina?Berjayakah Salina menghalang dari manisnya disarungkan cincin oleh emak Aizam?

Biarpun begitu perjalanan hidup Salina rupanya tidak semanis angan-angannya.Bercinta dengan A,bertunang dengan B. Menghadap tok kadi dengan C .Umpama menelan ubat,biarpun pahit namun terpaksa ditelan demi meneruskan kehidupan.

Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.Seumpama buah manggis,biarpun kulitnya rasa pahit dan kelat tetapi isi nya tetap manis dan enak di makan.


#enjoy !

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..